Pembantu rumah di hujung jari(smarthome)
Anda inginkan sebuah rumah yang mempunyai teknologi canggih seperti filem animasi Ejen Ali? Adakah anda tahu, Robot pembantu rumah yang diperkenalkan oleh negara Jepun telah menjadi kebanggaan dan keinginan bagi setiap suri rumah yang bekerjaya. Tambahan pula, taraf pendidikan di negara Jepun adalah tinggi dan kerana itu mencari seorang orang gaji menjadu sangat sukar. Hal ini lah yang menjadi punca kepada penciptaan Smart Home.
Pelbagai alat elektronik dan Smart Gadget yang menggunakan teknologi canggih yang telah dicipta bagi memudahkan kerja harian bagi seorang suri rumah. Seperti robot yang dicipta oleh salah satu Universiti di Jepun, iaitu Twendy One Robot.
Apa yang hebat Twendy One Robot ini sehingga mampu membantu suri rumah melakukan kerja harian? Robot pembantu ini mampu melakukan kegiatan harian seperti memanggang roti, menyediakan sarapan dan mampu membezakan permukaan yang lembut dan keras. Robot Twendi ini juga mempunyai dua kamera dikepalanya dan memiliki sensor yang peka terhadap sentuhan manusia di bahagian kepalanya. Ia juga mampu menolong pesakit ke kerusi roda dengan menghulurkan tangan kepadanya, dan Robot ini akan cuba mengimbangkan dan menganggar berat pesakit untuk ke kerusi roda.
Hari ini kita diperkenalkan dengan Smarthome yang popular, membolehkan kita membuka dan menutup lampu, menghidupkan komputer dan televisyen dengan hanya menyentuh butang atau menepuk tangan. Menariknya.! Terdapat lima sistem teknologi canggih yang terkandung dalam smarthome ini, iaitu :
Sistem Keselamatan
Sistem ini mempunyai 2 teknologi yang menjaga keselamatan didalam rumah, iaitu CCTV dan Alarm. CCTV yang berfungsi sebagai perakam segala kejadian didalam dan luar rumah akan sentiasa berhubung dengan alarm. Alarm ini akan berbunyi apabila ada hal yang tidak diinginkan terakam kamera. Selain CCTV dan alarm, terdapat satu lagi teknologi yang membantu keselamatan rumah iaitu text notification yang memberi amaran melalui telefon bimbit sekiranya ada tingkap dan pintu yang tidak berkunci.
POWER SYSTEM
Teknologi ini mengawal tenaga elektrik yang digunakan didalam rumah. Sistem ini dipasang pada alat-alat elektronik seperti Televisyen, Pendingin Hawa, Lampu malah ada yang memasang di peti sejuk. Power system ini akan menghidupkan semua alat elektronik ini apabila ada orang di dalam rumah dan sebaliknya apabila tiada siapa di dalamnya maka seluruh alat elektronik akan terpadam dengan sendirinya. Teknologi canggih ini juga bekerja sebagai pengatur elektrik. Jika arusnya sudah sampai pada tahap maksima, maka alat-alat elektronik ini juga akan terpadam bagi menjimatkan kos penggunaan elektrik.
Jaringan Multimedia
Teknologi ini lebih mengetengahkan hiburan seperti TV, DVD, Komputer dan Playstation yang akan membuatkan masa rehat penghuni Smarthome ini lebih terhibur dengan jaringan Multimedia ini.
Sistem Pengesan Bahaya
Setiap rumah yang diduduki pastinya akan berisiko menerima pelbagai kemungkinan yang tidak diingini atas kelalaian manusia sendiri. Contohnya seperti kebakaran yang berpunca letupan gas dan litar pintas atau selainnya. Tetapi jika diterapkan smarthome didalam setiap rumah, kemungkinan seperti ini mampu diatasi dengan teknologi pencegah. Sistem pengesan kebocoran gas mampu mengesan jika ada kebocoran gas yang berisiko terjadinya letupan. Antara lainya ialah smoke detector dan ground fault interrupters. Smoke Detecter yang mampu mengesan asap atau api kecil yang boleh menyebabkan kebakaran. Bagi Ground Fault Interrupters bekerja sebagai pengesan renjatan arus elektrik yang terkena pada badan manusia dan Ground Fault Interrupters akan mematikan seluruh arus elektrik di dalam rumah.
Sistem Pembantu Warga Emas dan Kurang Upaya
Sistem ini sebenarnya telah diterapkan di dalam Smarthome bagi memudahkan dan memberi keselesaan bagi yang inividu tidak berkemampuan. Jadi jika ada golongan yang kurang upaya ini selamat untuk tinggal di rumah ini dengan sistem keselamatan dan sistem teknologi canggih seperti lainnya.
0 comments:
Post a Comment